Sabtu, 10 Disember 2011

Nazmi..


Wah! Betul ke Nazmi Faiz tiada awek? Pasti ramai gadis di luar sana yang akan menarik nafas lega selepas ini kerana Nazmi Faiz sememangnya tiada awek. Nazmi Faiz yang cukup popular di kalangan perempuan ini telah menjelaskan segala yang berkaitan dengannya.
Nazmi Faiz yang sebelum ini dikaitkan dengan Neelofa nyata terkejut mula menjelaskan perkara sebenar. Nazmi sememangnya meminati Neelofa setelah melihat kekerapan wajah cantik aktres itu menghiasi majalah hiburan tempatan. Anak keempat daripada lima adik-beradik itu ikhlas mengakui tambah meminati Neelofa sebaik saja menonton lakonan pemenang Dewi Remaja itu. Nazmi sendiri pernah mengakui artis yang diminati ialah Neelofa semasa berada  di konti HotFM.
Tetapi Nazmi Faiz tidak pernah menjumpai Neelofa. Jadi khabar tentang Nazmi Faiz yang makan malam bersama Neelofa adalah tidak benar sama sekali. Nazmi yang terkejut, tergamam dan tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku, mempunyai sedikit perasaan gembira kerana dia juga adalah peminat Neelofa. Pun begitu Nazmi Faiz dikatakan tidak akan menolak pelawaan sekiranya diberi peluang berjumpa dengan artis kesukaannya itu.
Nazmi diberi suntikan
gambar tiada kena mengena: Nazmi diberi suntikan vaksin semalam

Apabila disebut pula tentang nama Nadia Ismael, Nazmi tambah terkejut dan terus menegaskan bahawa dirinya masih lagi tidak mempunyai teman istimewa.
“Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.” Jelas Nazmi.
“Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.” Jelasnya lagi.
Maka terjawablah persoalan samada Nazmi Faiz sudah mempunyai awek atau tidak. Gadis-gadis di luar sana jangan terlalu teruja dengan khabar berita ini ya. Bak kata pengacara RTM di Stadium Angkasa semalam, “Kepada gadis gadis di luar sana, jangan memberi perhatian terlampau kepada individu ini kerana beliau mempunyai tanggungjawab besar yang harus digalas dan dilaksanakan sebaiknya untuk negara…Kalau minat, simpan dalam hati.. tengok gambar, gelak sorang2.”
Jika anda suka topik ini anda boleh klik share, like atau komen untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan